Monday, December 15, 2008

Berjaya Hill @ Bukit Tinggi

23 Nov 2008- Pada hari ini kami sekeluarga menjadi pemandu pelancong kepada Adik Elis dan Muntel (My cousin). Dalam masa yang sama kami pun sebenarnya teringin jugak nak tau macam mana rasanya kat bukit tinggi. Perjalanan dari Putrajaya mengambil masa 1 jam 30 minit melalui MRR2- Karak. kami bertolak pada jam 1130 dan sampai dalam masa lebih kurang 1300. Masa kat highway MRR2 dan Karak, perjalanan agak biasa sahaja sehinggalah kami sampai ke persimpangan masuk ke Bukit Tinggi. Perjalanan ke destinasi ini agak menarik kerana kereta yang kami naiki terpaksa membuat tarian ular kena palu (Jalan bengkang bengkok dan menaik). Tempat pertama yang kami tujui adalah Taman Arnab (Bayaran RM 3.00 untuk dewasa). Kat situ kami bergambar sakan bersama arnab-arnab, kuda padi dan rusa.




Setelah puas bermain dan bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Jepun dan French. Sebelum sampai, anda terpaksa melalui tol yang mana bayaran RM 10.00 dikenakan untuk dewasa. selepas tol tersebut, anada bolehlah memilih nak tengok Perkampungan Jepun ke Perkampungan French. Kami memilih untuk pergi ke Perkampungan Jepun kerana disitu terdapat taman Botani. Cuaca dan pemandangan di sini indah sekali. Di kedua perkampungan ini disediakan perkhidmatan bas shuttle yang membawa pelawat menikmati panorama indah tanah tinggi.Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di COLMAR TROPICALE dan beberapa tempat menarik.

Sesungguhnya tempat tersebut menyediakan banyak kemudahan dan harga bagi kemudahan, perkhidmatan, hotel, makanan agak mewah tetapi berbaloi. Nak tau lebih lanjut.... Layarilah Berjayahills.com hehehehe



Friday, October 31, 2008

Anak-anakku....

Pagi ini aku turun kerja dalam suasana yang tenang dan aman. Bangun dalam jam 0615, mandi, solat, bersiap-siap pergi kerja. Perkara terakhir sebelum aku melangkah keluar rumah adalah bersalaman dan kucupan di dahi isteri tersayang, Ikhlas dan Ikhsan. Ini aku lakukan setiap hari waktu bekerja ataupun keluar rumah untuk jangkamasa yang lama.

Memandangkan sampai awal kat ofis, aku pun mengambil kesempatan untuk melihat gambar-gambar keluargaku. Alangkah senangnya hatiku melihat telatah anak-anakku yang begitu mencuit hati. So kat sini aku nak share gambar mereka untuk tatapan semua.


one day I'll be like my father




Wil Ikhlas bin Wilfred Iskandar (1 Tahun 7 bulan)



Wil Ikhsan bin Wilfred Iskandar ( 2 Bulan)



Ikhals sedang menjaga adiknya


Ikhsan sedang mendodoi Ikhlas untuk tido... ( aik... terbalik la pulak)

My Day Out!!!

27 Okt 2007- Hari ini papa dan mama bawak Ikhlas dan Ikhsan ke Parkson, Alamanda semata-mata nak beli Bottle Cleanser Liquid. Sebelum ni puas papa cari kat kedai semua kehabisan stok. Jenama favorite papa adalah pureen tapi kali ni papa beli jenama pigeon plak. Papa beli jumbo package iaitu 3 refill packet=RM 60.00 ( kalau mahal bagitau kat Kementerian Pengguna k).

Lepas tu papa bawak Ikhlas ke tempat kegemaran Ikhlas.... FUN LAND dekat tepi Parkson (aras 1). Apa lagi.... enjoy sakan la Ikhlas. Semua permainan nak try. Alhamdulillah kali ini papa bagi kebenaran Ikhlas main tanpa kawalan yang ketat dan Ikhlas pun bermain dengan yakin. sebelum ni papa sentiasa ada disisi dan setiap permainan yang ikhlas nak main papa pasti akan guide cara nak main. Sekarang papa lihat dari jauh je. Ikhlas leka main sampai tak ingat bila lampin dah penuh sehinggalah papa tangkap Ikhlas dan tukar lampin. Ikhlas betul-betul puas main malam tu. On the balik rumah Ikhlas dah tido dan tido dan tido dan tido..... sampai paigi keesokkan harinya..

Jom main!



Hai.... takkan tengok je.... Ikhlas boleh ajar mcm mana nak main benda ni.
Papa mcm nak join je... tak boleh la, papa dah tua... nanti Ikhlas cadangkan kat alamanda buat FUNLAND untuk orang dewasa k......

Monday, October 6, 2008

Hari Raya and Family Gathering

Salam Aidilfitri buat semua pembaca.... Tahun ni saya dan family sambut raya kat Putrajaya. Ianya disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan lebih kepada Family Gathering. Alhamdullillah dengan perlindungan Allah, keluarga sebelah anna semua selamat berkumpul bagi meraikan hari lebaran yang penuh mulia.

Mula-mula kami bawa mak dari Swak pada 1 Sept 08. Pada tanggal 09 Sept kami dihadiahkan dengan anugerah Allah yang berharga iaitu Wil Ikhsan. Kemudian pada 24 Sept, Apak pula tiba. Pada 27 Sept, keluarga Abg Norizam sampai dari Kedah. Keluarga Abg Azman, Angah dan Anas serta Normah pada 30 Sept. Kehadiran ahli baru iaitu Mohd Alif pada 22 Sept juga rezeki buat keluarga kami semua. Abg Amran sekeluarga beraya kat Selayang bersama family kak Iti. Keriuhan dan telatah anak kecil kat rumah yang mencuit hati menutupi kesunyian blok yang ditinggalkan penghuni lain yang masing-masing balik kampung untuk beraya. Ianya ditambah plak Angah yang suka melayan karenah anak-anak kecil bermain bunga api pada waktu malam.

Abg Norizam dan kak Ros mengambil kesempatan yang ada untuk bershopping di saat-saat terakhir di Jalan TAR (Sampai tengah malam tu... kesian danial terpaksa bersengkang mata hehehehe) , Sogo dan Area Masjid Jamek sebelum berangkat balik ke S'wak. Tak ketinggalan Alamanda kat Putrajaya.





Dari kiri: Iman, Angah, Alif, Papa, Ikhlas dan Afifi








Mohd Alif dan Wil Ikhsan






Kesedihan mula menyelubungi anna bila satu persatu ahli keluarga berangkat balik ke tempat masing-masing. Apak, mak dan keluarga Abg Norizam balik S'wak pada awal pagi raya kedua. Abg man plak dalam tengahari. Keesokan harinya Angah, Anas dan nor plak balik Kedah. Ikhlas dan papa plak, sedih tu ada gak sebab family papa kat s'wak tak dapat berziarah. Insyaallah, tahun depan beraya kat S'wak plak.

Monday, June 30, 2008

Pimandung mamba (Kunjungan Keluarga)

End of bulan lepas and early this month my parent, ayah mertua, alice n husband, anas n Husband n Normah visited us kat Putrajaya. mula2 Elis sampai pada 25 Mei, selang tiga hari Ahok plak sampai. On 30th, my parent sampai tapi tinggal kat Hotel Pearl International. Elis ngan Ahok terpaksa entertain diri sendiri during weekdays kerana aku n anna tak dpt cuti. Elis bernasib baik kerana dapat gak kami bawak dia makan satay Hj Samuri kat Kajang. Nak kuar pun waktu malam je, nak kuar lama..... hahahahha Ikhlas pasti mempunya idea bernas untuk menyegerakan kami balik.... nak susu.... nak tido.... buang air besar.... mcm2 la.



My parent datang KL pun ada agenda tersendiri yang mana kami pun tak dapat nak slot in episod bersama family. So we only can met kat KLCC dalam tempoh waktu yang singkat then follow them to hotel untuk lunch dan melihat mereka prepare for their function. After sent my parent 2 their group assembly, kami pun pergi ke Sunway Lagoon tajaan Ahok. We choose water park dan theme park sahaja dengan bayaran lebih kurang RM .... tak tau ( kena sponsor....... heheheheh). Elis dan Ahok at their own, anna jadi luggage girl manakala aku dan Ikhlas membuat latihan keberanian bermain air. Ikhlas bermain dengan penuh kegirangan dan keseronokan. Aku plak jadi Baywatch guard jaga Ikhlas.... (letih.....letih). Water Park sangat penuh pada hari tersebut (patut pun... weekend). Kami balik pada petangnya dalama keadaan yang amat letih. Ikhlas ..... macam biasa dibuai mimpi indah kerana dalam tidur dia boleh menyukir senyuman yang mencuit hati. Aku... lepas jadi guard... jadi pemandu (sangat letih......).









Keesokan paginya my parent dan Elis berjumpa di LCCT untuk balik S'wak sama-sama. Sedih gak rasanya sebab tak dapat entertain my parent. Dalam masa yang sama hari tu adalah Hari Gawai. Petang, plak my ayah mertua and adik-adik ipar dan Angah datang. After they reach my house, kami pun konvoy pegi rumah Abg Amran kat Klang untuk dinner then patah balik Putrajaya. Kesian kak Iti kena masak banyak-banyak untuk kami (takpa kak, lain kali kita pegi kedah kita mintak anas plak masak untuk kita k hehehehehe gurau je).

As my sister and my parent, kami pun tak dapat entertain my mertua n adik ipar during weekdays. Nasib baik Angah terror ronda kat putraya, dialah yang bawak mereka pusing2 masa waktu kerja. Malamnya kalau tak duduk rumah kami keluar main bowling kat Alamanda. Nasib baik ada Anas dan Normah yang boleh bantu Anna jaga Ikhlas masa kami main bowling. Apak, Angah, Anas dan Normah balik kedah pada 3 Jun. Kami cukup gembira dengan kehadiran mereka tapi apakan daya sekejap sahaja. Rumah yang riuh..... menjadi seperti sediakala. Anna lagi sedih..... berpisah dengan keluargalah katakan.

Bowling oh bowling....

21 Jun 08 - My family pergi ke A-Bess Bowl south city untuk perlawanan bowling tertutup 9 pin tap Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) bersama keluarga bayarannya, RM 20 sahaja dan tidak boleh dipulangkan (hehehehehe acah je tu). Actually, dua hari sebelum tu aku dah buat dry run (itu dalam istilah tentera kalau bahasa biasa kita sebut praktis). So aku pun confiden boleh dapat markah tinggi. Pada hari sebenar perlawanan boleh dianggarkan dalam 70 orang bermain termasuk vendor yang bekerjasama dengan BTM. Semua datang dengan wajah yang penuh keceriaan tapi yang main lagi ceria kerana dapat baju free tajaan samsung printer. Suami, isteri, anak-anak, boyfriend, girlfriend, pakcik, makcik, bapak+mak+anak saudara semua ada..... Kalau nak tau reaksi keceriaan mereka hanya meja makan yang menjadi saksi kerana makanan yang disediakan memang cepat habis (tabik kepada chef). Ikhlas terpaksa kami tinggalkan kat nursery sebab tak larat nak kawal kelincahan dia di kat bowling centre. Perlawanan sepatutnya mula jam 1030, tetapi kita berada di Malaysia dan kena terima hakikat masanya boleh dianjak ke 1100.

Kami dipecahkan kepada kumpulan mengikut undian dan bermain dalam tiga game. aku satu lane dengan 2 orang wakil vendor (mungkin satu hari nanti aku pun akan jadi vendor kot..... hahahahaha). Anna melantik dirinya sebagai pengurus aku. Mula-mula anna tak berapa semangat sebab markah ngan orang lain hampir sama.... lama-lama dia pulak yang over acting sebab tgk markah aku agak tinggi skit sampai dia nak phycho orang yang bersaing markah dengan aku (sebelum tu ada gak dia bagitau nak ke tandas tapi bila ada persaingan, dia terus syok dan lupa nak ke tandas).... anna..... anna..... masa berlau dengan pantas sekali, kumpulan aku bermain dengan baik untuk mengumpul markah yang agak tinggi. kumpulan lane sebelah kami plak hilang tumpuan dan demoralize kerana saingan yang kami berikan.

Bila tiba ke acara kemuncak, semua tertunggu-tunggu siapakah gerangan yang menang... jeng...jeng... jeng. Rupa-rupanya majlis didahulukan dengan cabutan bertuah.... kalau bab ni confirm aku tak dapat...... (tak pernah dapat pun seumur hidup) ada yang dapat hamper, blender, iron, periuk nasi, water pot dan hadiah besar adalah tak lain dan tak bukan printer tajaan SAMSUNG (terima kasih samsung.... tahun depan buat lagi hehehee). Hadiah perlawanan terbahagi kepada lima kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita sehingga tempat ke 10, berkumpulan lelaki dan wanita sehingga tempat ke 5 dan hadiah khas untuk pemain yang membantu pihak bowling mencuci longkang ( jangan salah anggap mereka kerana mereka melakukan kerja yang murni.... hehhehehehe). Persaingan memang sengit dan aku tak sangka kumpulan kami dapat jadi johan berkumpulan lelaki. Untuk individu, aku bersyukur kerana dapat gak menjadi johan (minta maaf kepada kakitangan BTM kerana aku pun tak sangka boleh menang, rezeki katakan)
ikhlas dan anna berposing dihadapan hamper yang dimenangi. Ikhlas tak puas hati kerana tak dapat masuk bertanding dan dipaksa belajar gosok gigi.
Ikhlas cuba mengelirukan orang dengan memegang bola keranjang supaya orang percaya dia memenagi hamper tersebut hasil daripada perlawanan bola keranjang.

Beginilah cara minum coca cola dengan betul. pegang dengan kedua-dua belah tangan dan mata fokus pada tin. Badan dan kepala hendaklah tegak dan mesti menggunakan baju singlet dan seluar pendek berlubang.

Thursday, May 22, 2008

Wahai Pemimpin Negara! Kasihani kami...

Hari ini saya rasa terpanggil untuk membuat luahan tentang isu panas di dalam negara kita.... bukan nak mengata atau mengumpat.... keluh kesah.... kerisauan.... kebimbangan... malu... dan kesedihan. dua tiga hari ini kita membaca surat khabar tentang masalah yang melanda parti politik dan berkaitan dengan kepimpinan negara.... Keluar dari parti, ugutan, desakan dan berpaling tadah....

Dalam kita asyik dan terlalu prihatin dengan isu tersebut.... saya amat berharap pemimpin kita jangan lalai dan leka untuk mempertahan dan mengekalkan kedudukan dan darjat sahaja (ini semua duniawi.... bila kita mati dan masuk dalam kubur dah tak ada apa.... kita mereput dan jadi tanah dan yang dibakar jadi abu.... lainlah kalau ada yang sukarela diawetkan macam mumia ). Bertelagah sesama sendiri, menikam dari belakang, cakap putar alam.... ape ke bendenye ni.... malu betulllllll. Negara luar pandang kita. APA DAH JADI NI!!!!!!!! Pandanglah dan kasihanilah kami rakyat jelata yang inginkan kedamaian dan kesejahteraan. Janganlah kami dianggap tiada apa-apa kerana naiknya pemimpin politik adalah disebabkan undian kami. Tunaikanlah janji Yang Berhormat semasa berkempen dahulu.... Tolong kami dalam krisis minyak. Tolong kami dalam krisis makanan dan beras. Tolong kami bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi selesaikan krisis yang melanda kami ini. Kepada saudara-saudara sekalian, sama-sama kita berdoa agar negara kita aman dan damai..... jangan lupa doakan juga agar pemimpin kita sihat sejahtera dan bijak menggunakan akal untuk mentadbir negara yang kita cintai.

5 Prinsip rukun negara

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Wednesday, May 21, 2008

Family Gathering

Kedah, 18 Mei 2008- Awal pagi aku keluar rumah untuk melihat keadaan kereta kesayanganku... Aku mengemas keretaku dan memeriksa sekiranya ada berlaku kecederaan padanya. Alhamdullillah keretaku masih gagah walaupun terpaksa berjalan jauh memenuhi kehendakku. Kemudian aku dengan yakinnya memandu ke Alor Setar untuk membuat orientasi kawasan. Bendang menghijau dan sayup mata memandang. Burung pipit sekali sekala terbang melintasi kenderaanku. Amannya suasana di sini.... kereta kurang... orang tak ramai.... jalan tak sesak...... Ops... rupa-rupanya aku keluar jam 0900 hari ahad... patut pun.... pasaraya pun tak bukak lagi. Pusing-punya pusing aku tak jumpa pasar.... last-last aku give up dan singgah mengisi minyak kat Shell. Aku menggunakan kaedah terakhir dalam mengorientasi kawasan iaitu menggunakan KOMPAS MANUSIA (anda perlu berhati-hati dalam meggunakan kaedah ini kerana hanya penduduk tempatan sahaja memberi maklumat tepat).

Petangnya.... aku tak ingat apa sebab aku .....zzzzzzzzzzzz (hehehehe). Malam pula kami semua pergi ke Pacific Alor Setar. Apak dan His Daughters pegi kedai cermin mata nak buat cermin mata untuk Apak. His son-in-laws plak tunggu kat Bowling centre kat tingkat atas. Aku ngan Angah tak sabar nak main, Abang Norizam plak tak main sebab terlalu letih dan bertindak sebagai pengurus. Bila semua dah ada kat bowling centre Aku, Angah dan Adik Nor main. Kak Ros dan Anas sekali sekala mengambil giliran Angah dan Adik Nor. Bermacam ragam dan teknik digunakan untuk membaling bola bowling. Apak, Anna, Ikhlas dan Danial menjadi penyokong setia. Abang Norizam plak menjadi juri memerhati teknik yang kami gunakan.

Ikhlas dengan wajah yang confuse melihat aku gembira
Anas menerangkan teknik untuk menjinakkan bola agar tak masuk dalam longkang.Normah pula menunjukkan cara memulas telinga bola Bowling
Abang norizam dan danial menjadi pemerhati

Anas sedang memarahi pin-pin kerana gelak tidak memberi peluang kepada Kak Ros menjatuhkan mereka
Ikhlas menerangkan teknik yang betul untul membuat balingan bola kepada Anas. Angah sedang mencuri mendengar perbualan Ikhlas dan Anas.

"Ikhlas, atuk tak percayalah Ikhlas pandai main"
"Kalau Atuk tak percaya, tengoklah markah Ikhlas"



Setelah selesai bermain bowling kami menjamu selera di Homestay Old Village.... (mana ek? aku pun tak tau.... gelap).

Trip to Kedah

Putrajaya, 16 Mei 08- Aku dengan penuh semangat mengajak Anna ke Kedah walaupun semalam tidur pukul jam 0200 pagi. So kami berkemas dan menyiapkan makanan untuk dibuat bekal semasa perjalanan. Persiapan yang paling susah adalah mengemas barang-barang Ikhlas..... Aku telah merancang perjalanan agar tidak terlalu letih iaitu setiap lebih kurang sejam memandu kami akan berhenti di hentian atau R&R terdekat selama setengah jam atau lebih. Purata kelajuan pula adalah 110 km/jam (Ok kan). Setelah mengisi minyak dan memastikan kereta dan tayar dalam keadaan baik, memulakan perjalanan pada jam lebih kurang 1300.


Apa? Pi Kedah!.....






Persingahan pertama adalah di R&R Sungai Buloh. Anna makan sebab tak dapat tahan. Kemudian kami berhenti di R&R Tapah... apalagi aku plak yang lapar. Semasa di Tapah, susu Ikhlas dalam botol dah habis dan.... kegagalan pertama kami dalam persiapan adalah susu tepung tertinggal.... mulalah kami suami isteri bermasam muka..... Bagi meredakan amarah aku pasang kaset ceramah.... barulah rasa aman dan boleh senyum. tidak semua insan sempurna.... itulah muhasabah diriku dan Anna. nak tak nak..... terpaksalah aku berhenti di setiap perhentian untuk membeli susu tetapi usaha kami mengecewakan sehinggalah kami sampai ke Simpang Pulai. Alhamdullillah..... Ikhlas yang terpaksa berpura-pura tidur untuk meredakan laparnya sebelum ini senyum kegirangan dan menghisap botol susunya dengan penuh perhatian. perjalanan diteruskan sehingga kami singgah di R&R Semanggol. Aku mengambil kesempatan ini membawa Ikhlas bermain di tempat permainan kanak-kanak. Alangkah gembiranya Ikhlas bermain kesemua permainan yang ada disitu. Keletihan aku juga hilang melihat telatah ikhlas yang comel dan lucu. Anna pula memerhatikan telatah aku dan Ikhlas. Terpampang keletihan diwajah isteriku tersayang...



Hepinyerrr.....









Main Gelongsor......









Main Buaian.....







Main Jongkang-jongket.....








Main kekuda....





Perjalanan kami diteruskan dan aku tidak singgah dimana-mana perhentian selepas itu kerana hari semakin gelap. Selepas kami melalui di Tol Alor Setar (U) rupa-rupanya, Anas dan Angah menunggu kami untuk membuat kejutan pada Kak Ros sekeluarga. Sampainya kami di rumah Kak Ros dan Abg Norizam, riuh keriangan kedengaran dan senyuman kegembiraan terukir diwajah masing-masing. Aku.... tak sampai sejam...... zzzzzzzzz.

Happy 55th Birthday RAJD

Nikko Hotel, 15 May 08- Papa dan mama ada Mess Night, aku terpaksa tinggal kat nursery bagi peluang kat mereka bermesra-mesraan. Papa biasa je tapi mama pening gak nak pakai apa malam tu. Papa confident je mess kit dia ok, last-last bila buat final check bengkung tak muat dan seluar mengecil..... nasib baik dia check sehari sebelum, ada la masa nak pinjam seluar dan beli bengkung baru. Mama pula, hari yang sama barulah dapat kasut yang sesuai... dulu pernah gak mama pergi dinner kat sarawak, masa tu Ikhlas masih dalam perut lagi so Ikhlas boleh dikatakan ikut sekali. Kesian mama, kena tegur sebab kasut tak bertutup. Pengalaman itulah yang mematangkan mama dalam majlis rasmi . Bayaran dinner boleh tahan gak, RM 150.00 seorang. Dalam majlis tersebut, kebanyakan pegawai RAJD dari Lembah Kelang hadir termasuk mantan Ketua Jurutera. sebahagian pegawai bersara juga hadir. Walaupun asasnya, majlis tersebut meraikan ulang tahun ke 55 RAJD, program diselitkan dengan dinning in pegawai-pegawai baru RAJD yang ditauliahkan pada 2006 sehingga 2008 dan meraikan pegawai-pegawai yang bersara tahun 2007-2008 dan akan bersara pada tahun ini.

Papa dan Mama (Papa lain kali kena stop angkat dumble.... lengan papa sama besar dengan betis, )

Mama dan kawan-kawan baru (mama saja buat perut ke depan supaya orang tau di mengandung.... heheheh)


Walaupun teknologi makin tinggi tetapi penggunaan backdrop polisterin dan whiteboard masih jadi pilihan.
Mama bersama Kak Pah (Isteri Lt Kol Zulkifli) dan Kapt Zaimi

Majlis berakhir lebih kurang jam 1230. Papa ambil Ikhlas dalam jam 0100. Sekarang kita tanya pendapat papa tentang majlis tersebut.

Ikhlas: Adakah Papa happy?
Papa: Happy..... Ikhlas tak ikut.... hahahahha

Ikhlas: (Kurang asam punya papa) .....Bagaimana dengan layout meja?
Papa: Ok. tak serabut. Amacam gambar bawah ni










Ikhlas: Menu ok tak?
Papa: Ha..... ni yang sensitif, harap kita sama-sama positif k. Sup cendawan superb. main course ayam sederhana. dessert agak kureng, cream cokelatnya rasa pahitdan kurang manis. Bagi yang belum makan sebelum dinner, kesemua menu akan habis tetapi yang dah ada lapik.....ada menu yang dibiarkan saja. Ini pendapat papa tau.... bukan orang lain....

Ikhlas: Apakah ucapan papa untuk Pegawai yang bersara?
Papa: I salute you all. Semoga Allah memudahkan kehidupan dan memurahkan rezeki tuan-tuan di alam awam, saya setulus hati memaafkan tuan-tuan sekiranya ada kesilapan yang disedari ataupun tidak.Begitu juga saya meminta maaf diatas perbuatan dan tuturkata saya yang menyingggung tuan-tuan. Terima kasih kerana ilmu yang diberikan dan mengajar saya erti kehidupan di alam ketenteraan. budi baik tuan-tuan hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Good Luck and All the Best.

Ikhlas: Secara keseluruhannya macam mana?
Papa: ok la, majlis boleh dikategorikan sebagai sederhana. No further comments.


Majlis seperti ini jika dipandang dari sudut yang negatif agak menyusahkan.... masa yang panjang..... anak kena tinggal..... Tetapi sebagai seorang pegawai tentera inilah tradisi dan budaya hidup kita. Disinilah kita menyemai semangat Ukhwah dan persaudaraan. Yang muda menghormati yang senior, menimba pengalaman dan mematangkan diri. Once be an army always be an army........ To serve King and Country....

Balik Kampung

Kami sekeluarga balik Sarawak pada 6 Mei 2008 yang lepas. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga menaik pesawat bersama-sama. Macam-macam yang bermain di dalam fikiran isteri saya. Alhamdullillah penerbangan kami lancar dan selamat sampai di Airport Kuching pada jam 2230. Kampung Entubuh terletak di Daerah Kecil Tebedu kira-kira 100 km dari Kuching. Ia adalah kampung terakhir sebelum anda sampai ke Kompleks Imigresen dan Kastam Tebedu untuk pergi ke Pontianak, Indonesia.
Wil Ikhlas terlalu letih dan boring menunggu flight yang delay setengah jam. Maknya control ayu masa ambil gambar ni, dalam hati (" Ya Allah, lindungilah dan selamatkanlah kami dari bahaya dalam penerbangan sekeluarga kali pertama ini .... aminnn").






Memandangkan bayi (0 bulan sehingga 24 bulan) tiada tempat duduk, Wil Ikhlas terpaksa berdiri sepanjang penerbangan. Menurut sumber yang kurang pasti, ianya bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan supaya bayi cepat letih dan mudah tido dalam penerbangan.... (ok gak motif diaorang ni).
Inilah gambar kami dalam flight. Wil Ikhlas lega kerana didakap oleh ibunya. Kalau tak letih la dia kena berdiri. Apapun, Lepas bergambar dia kena berdiri lagi hehehe... anak askar katakan

Wil Ikhlas dan Lisa Anne


Sambutan Hari Ibu dan Belated Birthday Wil Ikhlas yang pertama. Kakak-kakak sepupu Ikhlas tak sabar-sabar nak makan kek.

Kami kembali ke Putrajaya pada 10 Mei 2008. Lega rasanya kerana dapat bertemu dengan keluarga di kampung. So our next trip insyaallah selepas Anna bersalin dalam bulan September....