21 Jun 08 - My family pergi ke A-Bess Bowl south city untuk perlawanan bowling tertutup 9 pin tap Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) bersama keluarga bayarannya, RM 20 sahaja dan tidak boleh dipulangkan (hehehehehe acah je tu). Actually, dua hari sebelum tu aku dah buat dry run (itu dalam istilah tentera kalau bahasa biasa kita sebut praktis). So aku pun confiden boleh dapat markah tinggi. Pada hari sebenar perlawanan boleh dianggarkan dalam 70 orang bermain termasuk vendor yang bekerjasama dengan BTM. Semua datang dengan wajah yang penuh keceriaan tapi yang main lagi ceria kerana dapat baju free tajaan samsung printer. Suami, isteri, anak-anak, boyfriend, girlfriend, pakcik, makcik, bapak+mak+anak saudara semua ada..... Kalau nak tau reaksi keceriaan mereka hanya meja makan yang menjadi saksi kerana makanan yang disediakan memang cepat habis (tabik kepada chef). Ikhlas terpaksa kami tinggalkan kat nursery sebab tak larat nak kawal kelincahan dia di kat bowling centre. Perlawanan sepatutnya mula jam 1030, tetapi kita berada di Malaysia dan kena terima hakikat masanya boleh dianjak ke 1100.
Kami dipecahkan kepada kumpulan mengikut undian dan bermain dalam tiga game. aku satu lane dengan 2 orang wakil vendor (mungkin satu hari nanti aku pun akan jadi vendor kot..... hahahahaha). Anna melantik dirinya sebagai pengurus aku. Mula-mula anna tak berapa semangat sebab markah ngan orang lain hampir sama.... lama-lama dia pulak yang over acting sebab tgk markah aku agak tinggi skit sampai dia nak phycho orang yang bersaing markah dengan aku (sebelum tu ada gak dia bagitau nak ke tandas tapi bila ada persaingan, dia terus syok dan lupa nak ke tandas).... anna..... anna..... masa berlau dengan pantas sekali, kumpulan aku bermain dengan baik untuk mengumpul markah yang agak tinggi. kumpulan lane sebelah kami plak hilang tumpuan dan demoralize kerana saingan yang kami berikan.
Bila tiba ke acara kemuncak, semua tertunggu-tunggu siapakah gerangan yang menang... jeng...jeng... jeng. Rupa-rupanya majlis didahulukan dengan cabutan bertuah.... kalau bab ni confirm aku tak dapat...... (tak pernah dapat pun seumur hidup) ada yang dapat hamper, blender, iron, periuk nasi, water pot dan hadiah besar adalah tak lain dan tak bukan printer tajaan SAMSUNG (terima kasih samsung.... tahun depan buat lagi hehehee). Hadiah perlawanan terbahagi kepada lima kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita sehingga tempat ke 10, berkumpulan lelaki dan wanita sehingga tempat ke 5 dan hadiah khas untuk pemain yang membantu pihak bowling mencuci longkang ( jangan salah anggap mereka kerana mereka melakukan kerja yang murni.... hehhehehehe). Persaingan memang sengit dan aku tak sangka kumpulan kami dapat jadi johan berkumpulan lelaki. Untuk individu, aku bersyukur kerana dapat gak menjadi johan (minta maaf kepada kakitangan BTM kerana aku pun tak sangka boleh menang, rezeki katakan)
ikhlas dan anna berposing dihadapan hamper yang dimenangi. Ikhlas tak puas hati kerana tak dapat masuk bertanding dan dipaksa belajar gosok gigi.
Ikhlas cuba mengelirukan orang dengan memegang bola keranjang supaya orang percaya dia memenagi hamper tersebut hasil daripada perlawanan bola keranjang.

Beginilah cara minum coca cola dengan betul. pegang dengan kedua-dua belah tangan dan mata fokus pada tin. Badan dan kepala hendaklah tegak dan mesti menggunakan baju singlet dan seluar pendek berlubang.
Kami dipecahkan kepada kumpulan mengikut undian dan bermain dalam tiga game. aku satu lane dengan 2 orang wakil vendor (mungkin satu hari nanti aku pun akan jadi vendor kot..... hahahahaha). Anna melantik dirinya sebagai pengurus aku. Mula-mula anna tak berapa semangat sebab markah ngan orang lain hampir sama.... lama-lama dia pulak yang over acting sebab tgk markah aku agak tinggi skit sampai dia nak phycho orang yang bersaing markah dengan aku (sebelum tu ada gak dia bagitau nak ke tandas tapi bila ada persaingan, dia terus syok dan lupa nak ke tandas).... anna..... anna..... masa berlau dengan pantas sekali, kumpulan aku bermain dengan baik untuk mengumpul markah yang agak tinggi. kumpulan lane sebelah kami plak hilang tumpuan dan demoralize kerana saingan yang kami berikan.
Bila tiba ke acara kemuncak, semua tertunggu-tunggu siapakah gerangan yang menang... jeng...jeng... jeng. Rupa-rupanya majlis didahulukan dengan cabutan bertuah.... kalau bab ni confirm aku tak dapat...... (tak pernah dapat pun seumur hidup) ada yang dapat hamper, blender, iron, periuk nasi, water pot dan hadiah besar adalah tak lain dan tak bukan printer tajaan SAMSUNG (terima kasih samsung.... tahun depan buat lagi hehehee). Hadiah perlawanan terbahagi kepada lima kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita sehingga tempat ke 10, berkumpulan lelaki dan wanita sehingga tempat ke 5 dan hadiah khas untuk pemain yang membantu pihak bowling mencuci longkang ( jangan salah anggap mereka kerana mereka melakukan kerja yang murni.... hehhehehehe). Persaingan memang sengit dan aku tak sangka kumpulan kami dapat jadi johan berkumpulan lelaki. Untuk individu, aku bersyukur kerana dapat gak menjadi johan (minta maaf kepada kakitangan BTM kerana aku pun tak sangka boleh menang, rezeki katakan)
Beginilah cara minum coca cola dengan betul. pegang dengan kedua-dua belah tangan dan mata fokus pada tin. Badan dan kepala hendaklah tegak dan mesti menggunakan baju singlet dan seluar pendek berlubang.
No comments:
Post a Comment