Wednesday, May 21, 2008

Family Gathering

Kedah, 18 Mei 2008- Awal pagi aku keluar rumah untuk melihat keadaan kereta kesayanganku... Aku mengemas keretaku dan memeriksa sekiranya ada berlaku kecederaan padanya. Alhamdullillah keretaku masih gagah walaupun terpaksa berjalan jauh memenuhi kehendakku. Kemudian aku dengan yakinnya memandu ke Alor Setar untuk membuat orientasi kawasan. Bendang menghijau dan sayup mata memandang. Burung pipit sekali sekala terbang melintasi kenderaanku. Amannya suasana di sini.... kereta kurang... orang tak ramai.... jalan tak sesak...... Ops... rupa-rupanya aku keluar jam 0900 hari ahad... patut pun.... pasaraya pun tak bukak lagi. Pusing-punya pusing aku tak jumpa pasar.... last-last aku give up dan singgah mengisi minyak kat Shell. Aku menggunakan kaedah terakhir dalam mengorientasi kawasan iaitu menggunakan KOMPAS MANUSIA (anda perlu berhati-hati dalam meggunakan kaedah ini kerana hanya penduduk tempatan sahaja memberi maklumat tepat).

Petangnya.... aku tak ingat apa sebab aku .....zzzzzzzzzzzz (hehehehe). Malam pula kami semua pergi ke Pacific Alor Setar. Apak dan His Daughters pegi kedai cermin mata nak buat cermin mata untuk Apak. His son-in-laws plak tunggu kat Bowling centre kat tingkat atas. Aku ngan Angah tak sabar nak main, Abang Norizam plak tak main sebab terlalu letih dan bertindak sebagai pengurus. Bila semua dah ada kat bowling centre Aku, Angah dan Adik Nor main. Kak Ros dan Anas sekali sekala mengambil giliran Angah dan Adik Nor. Bermacam ragam dan teknik digunakan untuk membaling bola bowling. Apak, Anna, Ikhlas dan Danial menjadi penyokong setia. Abang Norizam plak menjadi juri memerhati teknik yang kami gunakan.

Ikhlas dengan wajah yang confuse melihat aku gembira
Anas menerangkan teknik untuk menjinakkan bola agar tak masuk dalam longkang.Normah pula menunjukkan cara memulas telinga bola Bowling
Abang norizam dan danial menjadi pemerhati

Anas sedang memarahi pin-pin kerana gelak tidak memberi peluang kepada Kak Ros menjatuhkan mereka
Ikhlas menerangkan teknik yang betul untul membuat balingan bola kepada Anas. Angah sedang mencuri mendengar perbualan Ikhlas dan Anas.

"Ikhlas, atuk tak percayalah Ikhlas pandai main"
"Kalau Atuk tak percaya, tengoklah markah Ikhlas"



Setelah selesai bermain bowling kami menjamu selera di Homestay Old Village.... (mana ek? aku pun tak tau.... gelap).

No comments: