Kami sekeluarga balik Sarawak pada 6 Mei 2008 yang lepas. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga menaik pesawat bersama-sama. Macam-macam yang bermain di dalam fikiran isteri saya. Alhamdullillah penerbangan kami lancar dan selamat sampai di Airport Kuching pada jam 2230. Kampung Entubuh terletak di Daerah Kecil Tebedu kira-kira 100 km dari Kuching. Ia adalah kampung terakhir sebelum anda sampai ke Kompleks Imigresen dan Kastam Tebedu untuk pergi ke Pontianak, Indonesia.
Sambutan Hari Ibu dan Belated Birthday Wil Ikhlas yang pertama. Kakak-kakak sepupu Ikhlas tak sabar-sabar nak makan kek.
Kami kembali ke Putrajaya pada 10 Mei 2008. Lega rasanya kerana dapat bertemu dengan keluarga di kampung. So our next trip insyaallah selepas Anna bersalin dalam bulan September....
No comments:
Post a Comment