Nikko Hotel, 15 May 08- Papa dan mama ada Mess Night, aku terpaksa tinggal kat nursery bagi peluang kat mereka bermesra-mesraan. Papa biasa je tapi mama pening gak nak pakai apa malam tu. Papa confident je mess kit dia ok, last-last bila buat final check bengkung tak muat dan seluar mengecil..... nasib baik dia check sehari sebelum, ada la masa nak pinjam seluar dan beli bengkung baru. Mama pula, hari yang sama barulah dapat kasut yang sesuai... dulu pernah gak mama pergi dinner kat sarawak, masa tu Ikhlas masih dalam perut lagi so Ikhlas boleh dikatakan ikut sekali. Kesian mama, kena tegur sebab kasut tak bertutup. Pengalaman itulah yang mematangkan mama dalam majlis rasmi . Bayaran dinner boleh tahan gak, RM 150.00 seorang. Dalam majlis tersebut, kebanyakan pegawai RAJD dari Lembah Kelang hadir termasuk mantan Ketua Jurutera. sebahagian pegawai bersara juga hadir. Walaupun asasnya, majlis tersebut meraikan ulang tahun ke 55 RAJD, program diselitkan dengan dinning in pegawai-pegawai baru RAJD yang ditauliahkan pada 2006 sehingga 2008 dan meraikan pegawai-pegawai yang bersara tahun 2007-2008 dan akan bersara pada tahun ini.
Walaupun teknologi makin tinggi tetapi penggunaan backdrop polisterin dan whiteboard masih jadi pilihan.
Majlis berakhir lebih kurang jam 1230. Papa ambil Ikhlas dalam jam 0100. Sekarang kita tanya pendapat papa tentang majlis tersebut.
Ikhlas: Adakah Papa happy?
Papa: Happy..... Ikhlas tak ikut.... hahahahha
Ikhlas: (Kurang asam punya papa) .....Bagaimana dengan layout meja?
Papa: Ok. tak serabut. Amacam gambar bawah ni

Ikhlas: Adakah Papa happy?
Papa: Happy..... Ikhlas tak ikut.... hahahahha
Ikhlas: (Kurang asam punya papa) .....Bagaimana dengan layout meja?
Papa: Ok. tak serabut. Amacam gambar bawah ni
Ikhlas: Menu ok tak?
Papa: Ha..... ni yang sensitif, harap kita sama-sama positif k. Sup cendawan superb. main course ayam sederhana. dessert agak kureng, cream cokelatnya rasa pahitdan kurang manis. Bagi yang belum makan sebelum dinner, kesemua menu akan habis tetapi yang dah ada lapik.....ada menu yang dibiarkan saja. Ini pendapat papa tau.... bukan orang lain....
Ikhlas: Apakah ucapan papa untuk Pegawai yang bersara?
Papa: I salute you all. Semoga Allah memudahkan kehidupan dan memurahkan rezeki tuan-tuan di alam awam, saya setulus hati memaafkan tuan-tuan sekiranya ada kesilapan yang disedari ataupun tidak.Begitu juga saya meminta maaf diatas perbuatan dan tuturkata saya yang menyingggung tuan-tuan. Terima kasih kerana ilmu yang diberikan dan mengajar saya erti kehidupan di alam ketenteraan. budi baik tuan-tuan hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Good Luck and All the Best.
Ikhlas: Secara keseluruhannya macam mana?
Papa: ok la, majlis boleh dikategorikan sebagai sederhana. No further comments.
Majlis seperti ini jika dipandang dari sudut yang negatif agak menyusahkan.... masa yang panjang..... anak kena tinggal..... Tetapi sebagai seorang pegawai tentera inilah tradisi dan budaya hidup kita. Disinilah kita menyemai semangat Ukhwah dan persaudaraan. Yang muda menghormati yang senior, menimba pengalaman dan mematangkan diri. Once be an army always be an army........ To serve King and Country....
No comments:
Post a Comment