Wednesday, May 21, 2008

Trip to Kedah

Putrajaya, 16 Mei 08- Aku dengan penuh semangat mengajak Anna ke Kedah walaupun semalam tidur pukul jam 0200 pagi. So kami berkemas dan menyiapkan makanan untuk dibuat bekal semasa perjalanan. Persiapan yang paling susah adalah mengemas barang-barang Ikhlas..... Aku telah merancang perjalanan agar tidak terlalu letih iaitu setiap lebih kurang sejam memandu kami akan berhenti di hentian atau R&R terdekat selama setengah jam atau lebih. Purata kelajuan pula adalah 110 km/jam (Ok kan). Setelah mengisi minyak dan memastikan kereta dan tayar dalam keadaan baik, memulakan perjalanan pada jam lebih kurang 1300.


Apa? Pi Kedah!.....






Persingahan pertama adalah di R&R Sungai Buloh. Anna makan sebab tak dapat tahan. Kemudian kami berhenti di R&R Tapah... apalagi aku plak yang lapar. Semasa di Tapah, susu Ikhlas dalam botol dah habis dan.... kegagalan pertama kami dalam persiapan adalah susu tepung tertinggal.... mulalah kami suami isteri bermasam muka..... Bagi meredakan amarah aku pasang kaset ceramah.... barulah rasa aman dan boleh senyum. tidak semua insan sempurna.... itulah muhasabah diriku dan Anna. nak tak nak..... terpaksalah aku berhenti di setiap perhentian untuk membeli susu tetapi usaha kami mengecewakan sehinggalah kami sampai ke Simpang Pulai. Alhamdullillah..... Ikhlas yang terpaksa berpura-pura tidur untuk meredakan laparnya sebelum ini senyum kegirangan dan menghisap botol susunya dengan penuh perhatian. perjalanan diteruskan sehingga kami singgah di R&R Semanggol. Aku mengambil kesempatan ini membawa Ikhlas bermain di tempat permainan kanak-kanak. Alangkah gembiranya Ikhlas bermain kesemua permainan yang ada disitu. Keletihan aku juga hilang melihat telatah ikhlas yang comel dan lucu. Anna pula memerhatikan telatah aku dan Ikhlas. Terpampang keletihan diwajah isteriku tersayang...



Hepinyerrr.....









Main Gelongsor......









Main Buaian.....







Main Jongkang-jongket.....








Main kekuda....





Perjalanan kami diteruskan dan aku tidak singgah dimana-mana perhentian selepas itu kerana hari semakin gelap. Selepas kami melalui di Tol Alor Setar (U) rupa-rupanya, Anas dan Angah menunggu kami untuk membuat kejutan pada Kak Ros sekeluarga. Sampainya kami di rumah Kak Ros dan Abg Norizam, riuh keriangan kedengaran dan senyuman kegembiraan terukir diwajah masing-masing. Aku.... tak sampai sejam...... zzzzzzzzz.

No comments: