Thursday, May 22, 2008

Wahai Pemimpin Negara! Kasihani kami...

Hari ini saya rasa terpanggil untuk membuat luahan tentang isu panas di dalam negara kita.... bukan nak mengata atau mengumpat.... keluh kesah.... kerisauan.... kebimbangan... malu... dan kesedihan. dua tiga hari ini kita membaca surat khabar tentang masalah yang melanda parti politik dan berkaitan dengan kepimpinan negara.... Keluar dari parti, ugutan, desakan dan berpaling tadah....

Dalam kita asyik dan terlalu prihatin dengan isu tersebut.... saya amat berharap pemimpin kita jangan lalai dan leka untuk mempertahan dan mengekalkan kedudukan dan darjat sahaja (ini semua duniawi.... bila kita mati dan masuk dalam kubur dah tak ada apa.... kita mereput dan jadi tanah dan yang dibakar jadi abu.... lainlah kalau ada yang sukarela diawetkan macam mumia ). Bertelagah sesama sendiri, menikam dari belakang, cakap putar alam.... ape ke bendenye ni.... malu betulllllll. Negara luar pandang kita. APA DAH JADI NI!!!!!!!! Pandanglah dan kasihanilah kami rakyat jelata yang inginkan kedamaian dan kesejahteraan. Janganlah kami dianggap tiada apa-apa kerana naiknya pemimpin politik adalah disebabkan undian kami. Tunaikanlah janji Yang Berhormat semasa berkempen dahulu.... Tolong kami dalam krisis minyak. Tolong kami dalam krisis makanan dan beras. Tolong kami bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi selesaikan krisis yang melanda kami ini. Kepada saudara-saudara sekalian, sama-sama kita berdoa agar negara kita aman dan damai..... jangan lupa doakan juga agar pemimpin kita sihat sejahtera dan bijak menggunakan akal untuk mentadbir negara yang kita cintai.

5 Prinsip rukun negara

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Wednesday, May 21, 2008

Family Gathering

Kedah, 18 Mei 2008- Awal pagi aku keluar rumah untuk melihat keadaan kereta kesayanganku... Aku mengemas keretaku dan memeriksa sekiranya ada berlaku kecederaan padanya. Alhamdullillah keretaku masih gagah walaupun terpaksa berjalan jauh memenuhi kehendakku. Kemudian aku dengan yakinnya memandu ke Alor Setar untuk membuat orientasi kawasan. Bendang menghijau dan sayup mata memandang. Burung pipit sekali sekala terbang melintasi kenderaanku. Amannya suasana di sini.... kereta kurang... orang tak ramai.... jalan tak sesak...... Ops... rupa-rupanya aku keluar jam 0900 hari ahad... patut pun.... pasaraya pun tak bukak lagi. Pusing-punya pusing aku tak jumpa pasar.... last-last aku give up dan singgah mengisi minyak kat Shell. Aku menggunakan kaedah terakhir dalam mengorientasi kawasan iaitu menggunakan KOMPAS MANUSIA (anda perlu berhati-hati dalam meggunakan kaedah ini kerana hanya penduduk tempatan sahaja memberi maklumat tepat).

Petangnya.... aku tak ingat apa sebab aku .....zzzzzzzzzzzz (hehehehe). Malam pula kami semua pergi ke Pacific Alor Setar. Apak dan His Daughters pegi kedai cermin mata nak buat cermin mata untuk Apak. His son-in-laws plak tunggu kat Bowling centre kat tingkat atas. Aku ngan Angah tak sabar nak main, Abang Norizam plak tak main sebab terlalu letih dan bertindak sebagai pengurus. Bila semua dah ada kat bowling centre Aku, Angah dan Adik Nor main. Kak Ros dan Anas sekali sekala mengambil giliran Angah dan Adik Nor. Bermacam ragam dan teknik digunakan untuk membaling bola bowling. Apak, Anna, Ikhlas dan Danial menjadi penyokong setia. Abang Norizam plak menjadi juri memerhati teknik yang kami gunakan.

Ikhlas dengan wajah yang confuse melihat aku gembira
Anas menerangkan teknik untuk menjinakkan bola agar tak masuk dalam longkang.Normah pula menunjukkan cara memulas telinga bola Bowling
Abang norizam dan danial menjadi pemerhati

Anas sedang memarahi pin-pin kerana gelak tidak memberi peluang kepada Kak Ros menjatuhkan mereka
Ikhlas menerangkan teknik yang betul untul membuat balingan bola kepada Anas. Angah sedang mencuri mendengar perbualan Ikhlas dan Anas.

"Ikhlas, atuk tak percayalah Ikhlas pandai main"
"Kalau Atuk tak percaya, tengoklah markah Ikhlas"



Setelah selesai bermain bowling kami menjamu selera di Homestay Old Village.... (mana ek? aku pun tak tau.... gelap).

Trip to Kedah

Putrajaya, 16 Mei 08- Aku dengan penuh semangat mengajak Anna ke Kedah walaupun semalam tidur pukul jam 0200 pagi. So kami berkemas dan menyiapkan makanan untuk dibuat bekal semasa perjalanan. Persiapan yang paling susah adalah mengemas barang-barang Ikhlas..... Aku telah merancang perjalanan agar tidak terlalu letih iaitu setiap lebih kurang sejam memandu kami akan berhenti di hentian atau R&R terdekat selama setengah jam atau lebih. Purata kelajuan pula adalah 110 km/jam (Ok kan). Setelah mengisi minyak dan memastikan kereta dan tayar dalam keadaan baik, memulakan perjalanan pada jam lebih kurang 1300.


Apa? Pi Kedah!.....






Persingahan pertama adalah di R&R Sungai Buloh. Anna makan sebab tak dapat tahan. Kemudian kami berhenti di R&R Tapah... apalagi aku plak yang lapar. Semasa di Tapah, susu Ikhlas dalam botol dah habis dan.... kegagalan pertama kami dalam persiapan adalah susu tepung tertinggal.... mulalah kami suami isteri bermasam muka..... Bagi meredakan amarah aku pasang kaset ceramah.... barulah rasa aman dan boleh senyum. tidak semua insan sempurna.... itulah muhasabah diriku dan Anna. nak tak nak..... terpaksalah aku berhenti di setiap perhentian untuk membeli susu tetapi usaha kami mengecewakan sehinggalah kami sampai ke Simpang Pulai. Alhamdullillah..... Ikhlas yang terpaksa berpura-pura tidur untuk meredakan laparnya sebelum ini senyum kegirangan dan menghisap botol susunya dengan penuh perhatian. perjalanan diteruskan sehingga kami singgah di R&R Semanggol. Aku mengambil kesempatan ini membawa Ikhlas bermain di tempat permainan kanak-kanak. Alangkah gembiranya Ikhlas bermain kesemua permainan yang ada disitu. Keletihan aku juga hilang melihat telatah ikhlas yang comel dan lucu. Anna pula memerhatikan telatah aku dan Ikhlas. Terpampang keletihan diwajah isteriku tersayang...



Hepinyerrr.....









Main Gelongsor......









Main Buaian.....







Main Jongkang-jongket.....








Main kekuda....





Perjalanan kami diteruskan dan aku tidak singgah dimana-mana perhentian selepas itu kerana hari semakin gelap. Selepas kami melalui di Tol Alor Setar (U) rupa-rupanya, Anas dan Angah menunggu kami untuk membuat kejutan pada Kak Ros sekeluarga. Sampainya kami di rumah Kak Ros dan Abg Norizam, riuh keriangan kedengaran dan senyuman kegembiraan terukir diwajah masing-masing. Aku.... tak sampai sejam...... zzzzzzzzz.

Happy 55th Birthday RAJD

Nikko Hotel, 15 May 08- Papa dan mama ada Mess Night, aku terpaksa tinggal kat nursery bagi peluang kat mereka bermesra-mesraan. Papa biasa je tapi mama pening gak nak pakai apa malam tu. Papa confident je mess kit dia ok, last-last bila buat final check bengkung tak muat dan seluar mengecil..... nasib baik dia check sehari sebelum, ada la masa nak pinjam seluar dan beli bengkung baru. Mama pula, hari yang sama barulah dapat kasut yang sesuai... dulu pernah gak mama pergi dinner kat sarawak, masa tu Ikhlas masih dalam perut lagi so Ikhlas boleh dikatakan ikut sekali. Kesian mama, kena tegur sebab kasut tak bertutup. Pengalaman itulah yang mematangkan mama dalam majlis rasmi . Bayaran dinner boleh tahan gak, RM 150.00 seorang. Dalam majlis tersebut, kebanyakan pegawai RAJD dari Lembah Kelang hadir termasuk mantan Ketua Jurutera. sebahagian pegawai bersara juga hadir. Walaupun asasnya, majlis tersebut meraikan ulang tahun ke 55 RAJD, program diselitkan dengan dinning in pegawai-pegawai baru RAJD yang ditauliahkan pada 2006 sehingga 2008 dan meraikan pegawai-pegawai yang bersara tahun 2007-2008 dan akan bersara pada tahun ini.

Papa dan Mama (Papa lain kali kena stop angkat dumble.... lengan papa sama besar dengan betis, )

Mama dan kawan-kawan baru (mama saja buat perut ke depan supaya orang tau di mengandung.... heheheh)


Walaupun teknologi makin tinggi tetapi penggunaan backdrop polisterin dan whiteboard masih jadi pilihan.
Mama bersama Kak Pah (Isteri Lt Kol Zulkifli) dan Kapt Zaimi

Majlis berakhir lebih kurang jam 1230. Papa ambil Ikhlas dalam jam 0100. Sekarang kita tanya pendapat papa tentang majlis tersebut.

Ikhlas: Adakah Papa happy?
Papa: Happy..... Ikhlas tak ikut.... hahahahha

Ikhlas: (Kurang asam punya papa) .....Bagaimana dengan layout meja?
Papa: Ok. tak serabut. Amacam gambar bawah ni










Ikhlas: Menu ok tak?
Papa: Ha..... ni yang sensitif, harap kita sama-sama positif k. Sup cendawan superb. main course ayam sederhana. dessert agak kureng, cream cokelatnya rasa pahitdan kurang manis. Bagi yang belum makan sebelum dinner, kesemua menu akan habis tetapi yang dah ada lapik.....ada menu yang dibiarkan saja. Ini pendapat papa tau.... bukan orang lain....

Ikhlas: Apakah ucapan papa untuk Pegawai yang bersara?
Papa: I salute you all. Semoga Allah memudahkan kehidupan dan memurahkan rezeki tuan-tuan di alam awam, saya setulus hati memaafkan tuan-tuan sekiranya ada kesilapan yang disedari ataupun tidak.Begitu juga saya meminta maaf diatas perbuatan dan tuturkata saya yang menyingggung tuan-tuan. Terima kasih kerana ilmu yang diberikan dan mengajar saya erti kehidupan di alam ketenteraan. budi baik tuan-tuan hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Good Luck and All the Best.

Ikhlas: Secara keseluruhannya macam mana?
Papa: ok la, majlis boleh dikategorikan sebagai sederhana. No further comments.


Majlis seperti ini jika dipandang dari sudut yang negatif agak menyusahkan.... masa yang panjang..... anak kena tinggal..... Tetapi sebagai seorang pegawai tentera inilah tradisi dan budaya hidup kita. Disinilah kita menyemai semangat Ukhwah dan persaudaraan. Yang muda menghormati yang senior, menimba pengalaman dan mematangkan diri. Once be an army always be an army........ To serve King and Country....

Balik Kampung

Kami sekeluarga balik Sarawak pada 6 Mei 2008 yang lepas. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga menaik pesawat bersama-sama. Macam-macam yang bermain di dalam fikiran isteri saya. Alhamdullillah penerbangan kami lancar dan selamat sampai di Airport Kuching pada jam 2230. Kampung Entubuh terletak di Daerah Kecil Tebedu kira-kira 100 km dari Kuching. Ia adalah kampung terakhir sebelum anda sampai ke Kompleks Imigresen dan Kastam Tebedu untuk pergi ke Pontianak, Indonesia.
Wil Ikhlas terlalu letih dan boring menunggu flight yang delay setengah jam. Maknya control ayu masa ambil gambar ni, dalam hati (" Ya Allah, lindungilah dan selamatkanlah kami dari bahaya dalam penerbangan sekeluarga kali pertama ini .... aminnn").






Memandangkan bayi (0 bulan sehingga 24 bulan) tiada tempat duduk, Wil Ikhlas terpaksa berdiri sepanjang penerbangan. Menurut sumber yang kurang pasti, ianya bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan supaya bayi cepat letih dan mudah tido dalam penerbangan.... (ok gak motif diaorang ni).
Inilah gambar kami dalam flight. Wil Ikhlas lega kerana didakap oleh ibunya. Kalau tak letih la dia kena berdiri. Apapun, Lepas bergambar dia kena berdiri lagi hehehe... anak askar katakan

Wil Ikhlas dan Lisa Anne


Sambutan Hari Ibu dan Belated Birthday Wil Ikhlas yang pertama. Kakak-kakak sepupu Ikhlas tak sabar-sabar nak makan kek.

Kami kembali ke Putrajaya pada 10 Mei 2008. Lega rasanya kerana dapat bertemu dengan keluarga di kampung. So our next trip insyaallah selepas Anna bersalin dalam bulan September....