Monday, December 15, 2008

Berjaya Hill @ Bukit Tinggi

23 Nov 2008- Pada hari ini kami sekeluarga menjadi pemandu pelancong kepada Adik Elis dan Muntel (My cousin). Dalam masa yang sama kami pun sebenarnya teringin jugak nak tau macam mana rasanya kat bukit tinggi. Perjalanan dari Putrajaya mengambil masa 1 jam 30 minit melalui MRR2- Karak. kami bertolak pada jam 1130 dan sampai dalam masa lebih kurang 1300. Masa kat highway MRR2 dan Karak, perjalanan agak biasa sahaja sehinggalah kami sampai ke persimpangan masuk ke Bukit Tinggi. Perjalanan ke destinasi ini agak menarik kerana kereta yang kami naiki terpaksa membuat tarian ular kena palu (Jalan bengkang bengkok dan menaik). Tempat pertama yang kami tujui adalah Taman Arnab (Bayaran RM 3.00 untuk dewasa). Kat situ kami bergambar sakan bersama arnab-arnab, kuda padi dan rusa.




Setelah puas bermain dan bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Jepun dan French. Sebelum sampai, anda terpaksa melalui tol yang mana bayaran RM 10.00 dikenakan untuk dewasa. selepas tol tersebut, anada bolehlah memilih nak tengok Perkampungan Jepun ke Perkampungan French. Kami memilih untuk pergi ke Perkampungan Jepun kerana disitu terdapat taman Botani. Cuaca dan pemandangan di sini indah sekali. Di kedua perkampungan ini disediakan perkhidmatan bas shuttle yang membawa pelawat menikmati panorama indah tanah tinggi.Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di COLMAR TROPICALE dan beberapa tempat menarik.

Sesungguhnya tempat tersebut menyediakan banyak kemudahan dan harga bagi kemudahan, perkhidmatan, hotel, makanan agak mewah tetapi berbaloi. Nak tau lebih lanjut.... Layarilah Berjayahills.com hehehehe