Friday, October 31, 2008

Anak-anakku....

Pagi ini aku turun kerja dalam suasana yang tenang dan aman. Bangun dalam jam 0615, mandi, solat, bersiap-siap pergi kerja. Perkara terakhir sebelum aku melangkah keluar rumah adalah bersalaman dan kucupan di dahi isteri tersayang, Ikhlas dan Ikhsan. Ini aku lakukan setiap hari waktu bekerja ataupun keluar rumah untuk jangkamasa yang lama.

Memandangkan sampai awal kat ofis, aku pun mengambil kesempatan untuk melihat gambar-gambar keluargaku. Alangkah senangnya hatiku melihat telatah anak-anakku yang begitu mencuit hati. So kat sini aku nak share gambar mereka untuk tatapan semua.


one day I'll be like my father




Wil Ikhlas bin Wilfred Iskandar (1 Tahun 7 bulan)



Wil Ikhsan bin Wilfred Iskandar ( 2 Bulan)



Ikhals sedang menjaga adiknya


Ikhsan sedang mendodoi Ikhlas untuk tido... ( aik... terbalik la pulak)

My Day Out!!!

27 Okt 2007- Hari ini papa dan mama bawak Ikhlas dan Ikhsan ke Parkson, Alamanda semata-mata nak beli Bottle Cleanser Liquid. Sebelum ni puas papa cari kat kedai semua kehabisan stok. Jenama favorite papa adalah pureen tapi kali ni papa beli jenama pigeon plak. Papa beli jumbo package iaitu 3 refill packet=RM 60.00 ( kalau mahal bagitau kat Kementerian Pengguna k).

Lepas tu papa bawak Ikhlas ke tempat kegemaran Ikhlas.... FUN LAND dekat tepi Parkson (aras 1). Apa lagi.... enjoy sakan la Ikhlas. Semua permainan nak try. Alhamdulillah kali ini papa bagi kebenaran Ikhlas main tanpa kawalan yang ketat dan Ikhlas pun bermain dengan yakin. sebelum ni papa sentiasa ada disisi dan setiap permainan yang ikhlas nak main papa pasti akan guide cara nak main. Sekarang papa lihat dari jauh je. Ikhlas leka main sampai tak ingat bila lampin dah penuh sehinggalah papa tangkap Ikhlas dan tukar lampin. Ikhlas betul-betul puas main malam tu. On the balik rumah Ikhlas dah tido dan tido dan tido dan tido..... sampai paigi keesokkan harinya..

Jom main!



Hai.... takkan tengok je.... Ikhlas boleh ajar mcm mana nak main benda ni.
Papa mcm nak join je... tak boleh la, papa dah tua... nanti Ikhlas cadangkan kat alamanda buat FUNLAND untuk orang dewasa k......

Monday, October 6, 2008

Hari Raya and Family Gathering

Salam Aidilfitri buat semua pembaca.... Tahun ni saya dan family sambut raya kat Putrajaya. Ianya disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan lebih kepada Family Gathering. Alhamdullillah dengan perlindungan Allah, keluarga sebelah anna semua selamat berkumpul bagi meraikan hari lebaran yang penuh mulia.

Mula-mula kami bawa mak dari Swak pada 1 Sept 08. Pada tanggal 09 Sept kami dihadiahkan dengan anugerah Allah yang berharga iaitu Wil Ikhsan. Kemudian pada 24 Sept, Apak pula tiba. Pada 27 Sept, keluarga Abg Norizam sampai dari Kedah. Keluarga Abg Azman, Angah dan Anas serta Normah pada 30 Sept. Kehadiran ahli baru iaitu Mohd Alif pada 22 Sept juga rezeki buat keluarga kami semua. Abg Amran sekeluarga beraya kat Selayang bersama family kak Iti. Keriuhan dan telatah anak kecil kat rumah yang mencuit hati menutupi kesunyian blok yang ditinggalkan penghuni lain yang masing-masing balik kampung untuk beraya. Ianya ditambah plak Angah yang suka melayan karenah anak-anak kecil bermain bunga api pada waktu malam.

Abg Norizam dan kak Ros mengambil kesempatan yang ada untuk bershopping di saat-saat terakhir di Jalan TAR (Sampai tengah malam tu... kesian danial terpaksa bersengkang mata hehehehe) , Sogo dan Area Masjid Jamek sebelum berangkat balik ke S'wak. Tak ketinggalan Alamanda kat Putrajaya.





Dari kiri: Iman, Angah, Alif, Papa, Ikhlas dan Afifi








Mohd Alif dan Wil Ikhsan






Kesedihan mula menyelubungi anna bila satu persatu ahli keluarga berangkat balik ke tempat masing-masing. Apak, mak dan keluarga Abg Norizam balik S'wak pada awal pagi raya kedua. Abg man plak dalam tengahari. Keesokan harinya Angah, Anas dan nor plak balik Kedah. Ikhlas dan papa plak, sedih tu ada gak sebab family papa kat s'wak tak dapat berziarah. Insyaallah, tahun depan beraya kat S'wak plak.